Thursday, 9 August 2012



Gangguan seksual punca kemurungan kanak-kanak
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my



Sejak akhir-akhir ini, golongan kanak-kanak lebih cenderung menjadi mangsa gangguan seksual. Boleh dikatakan sejak beberapa bulan lalu ada saja kes jenayah seksual.Bayangkan anak-anak kita sedang bermain dengan ceria bersama rakan-rakannya pada minggu lepas, tiba-tiba mengalami kemurungan pada hari ini. Bagi ibu bapa yang kurang peka, perubahan anak-anak mereka tidak langsung menjadi tanda tanya.
Senario ini perlu diubah dan keluarga kanak-kanak mesti memerhatikan tingkah laku anak mereka jika ada sebarang perubahan. Ini kerana kanak-kanak adalah insan yang perlu dilindungi daripada segala bentuk kekerasan atau keganasan yang memudaratkan fizikal, mental dan emosinya.
Golongan ini perlu sentiasa diawasi agar tidak terbabit dalam sebarang bentuk penindasan, penganiayaan dan kezaliman seperti kekerasan fizikal, penderaan seksual dan pembunuhan.
Segala bentuk keperluan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak perlu diberi perhatian sewajarnya. Dalam konteks masyarakat pula kanak-kanak memerlukan perlindungan undang-undang dan keprihatinan masyarakat dalam membendung dan mencegah sebarang bentuk perlakuan jenayah ke atas kanak-kanak.
Apa yang dimaksudkan gangguan seksual kanak-kanak? Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, gangguan seksual kanak-kanak didefinisikan perlakuan individu iaitu pemangsa memaksa atau cuba mempengaruhi serta mengugut mangsa sama ada melakukan hubungan seksual atau gangguan seksual banyak cara termasuk memasukkan objek dalam mulut, tubuh, dubur dan kesakitan fizikal.
Dr. Mariani memberitahu, perbuatan mengusap-usap kadang-kadang mengelirukan kanak-kanak kerana mereka menganggap itu sentuhan sayang.
"Dalam kes ini, pelaku akan memujuk mangsa. Misalnya memaksa mangsa menanggal baju atau melakukan seks oral. Oleh itu, kanak-kanak perlukan bimbingan kerana perbuatan tersebut bukan perkara normal. Perlu diingat, perkara ini boleh menjadi serius hingga menyebabkan gangguan emosi mereka dan mengakibatkan kemurungan," katanya.
Dr. Mariani menjelaskan, kanak-kanak sering menjadi mangsa gangguan seksual kerana pada peringkat umur ini, mereka mudah menerima keputusan orang dewasa seperti pemangsa.
Berbeza dengan remaja, mereka ada persetujuan dengan orang yang di sekeliling mereka.
"Ugutan mengakibatkan kanak-kanak keliru walaupun perbuatan itu salah. Tanpa bertanya kenapa atau apa, mereka akan menurut kata pemangsa," jelasnya.
Di sebalik kejadian ini, kanak-kanak akan meninggalkan ingatan atau kenangan dalam memori mereka apabila dewasa kelak. Terdapat tiga peringkat umur kanak-kanak iaitu awal (empat tahun ke bawah), pertengahan (empat hingga tujuh tahun) dan lewat kanak-kanak (tujuh hingga 11 tahun).
"Bawah empat tahun, kanak-kanak biasa mengalami emosi dan perasaan tidak stabil. Selain itu, fizikal juga tidak sesuai untuk menjalinkan hubungan seks kerana fizikal masih lagi kecil.Penderaan seks juga aka mengakibatkan sakit seperti koyakan di alat sulit.Peristiwa ini akan meninggalkan kesan perasaan seperti takut kepada kanak-kanak tersebut," jelasnya.
Bahkan, perbuatan berulang mengakibatkan kanak-kanak menjadi trauma. Kes seperti ini akan membantutkan perhubungan sosial iaitu kanak-kanak yang ceria bertukar menjadi takut.
"Hubungan dengan kanak-kanak sebaya turut terjejas termasuk pemikiran dan menjadikan perkembangan menjadi tidak normal kerana tidak sama dengan kanak-kanak lain yang tidak mengalami gangguan seperti mereka.Ia memberi kesan dari segi perasaan dan emosi untuk jangka masa panjang dan pendek," ujarnya.
Mengulas kejadian bayi dicabul di Bandar Baru Sentul baru-baru ini, Dr. Mariani memberitahu, kanak-kanak bawah umur setahun juga mengalami kesan psikologi yang sama.
Kanak-kanak peringkat umur ini masih tidak fasih berbahasa dan kebanyakan gangguan seks yang berlaku dilakukan oleh keluarga dan kenalan terdekat.
"Bagi bayi, perbuatan dera seksual seperti perbuatan normal kerana mereka tidak memahami perkara di sekeliling mereka. Di sinilah peranan ibu bapa amat penting.
Jika anak menangis dan tidak selesa, demam, mereka perlu membuat pemeriksaan lanjut seperti berjumpa dengan doktor selain memerhati perubahan kelakuan perlakuan anak," ujarnya.
Tambah Dr. Mariani, kanak-kanak bawah satu tahun tidak tahu yang mana salah dan benar.
Malah, kanak-kanak setahun ke atas sama ada lelaki dan perempuan juga perlu dididik bahawa alat sulit tidak boleh dipegang oleh kecuali ibu bapa. Maka, di sinilah kebijaksanaan ibu itu sendiri perlu dan prihatin terhadap perkembangan anak-anak mereka.
Secara keseluruhannya, kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual akan mendapat kesan psikologi termasuk kemurungan.
"Lama-kelamaan ia akan mengakibatkan kendiri kanak-kanak menjadi rendah.
Misalnya, tidak dapat bergaul seperti kanak-kanak lain. Ia juga memberi kesan dari segi pencapaian akademik," jelasnya.
Justeru itu, ibu bapa jiran dan masyarakat perlu peka terhadap perkara di sekeliling mereka. Jika perkara ini terjadi di kalangan ahli keluarga, mereka perlu tahu saluran mana nak pergi dulu.
Hakikatnya pada hari ini, kebanyakan ibu bapa sentiasa malu untuk mendedahkan perkara sebenar.
"Antara saluran yang boleh digunakan termasuk pertubuhan wanita, tele dera atau pusat krisis wanita untuk mengadu kes penderaan seksual. Selain itu, ibu bapa perlu bertenang dan jangan panik," katanya.
Dalam konteks ini, mangsa memerlukan sokongan keluarga. Lebih malang, ibu bapa kadang-kadang tidak mempercayai anak-anak apabila mereka mengadu. Contohnya, apabila anak mereka memberitahu bahagian alat sulit mereka sakit, ibu bapa tidak mempercayai aduan tersebut.
"Jika gangguan seksual dialami oleh keluarga, mereka perlu sentiasa memberi sokongan walaupun ibu bapa sibuk bekerja. Masyarakat perlu tahu kanak-kanak merupakan golongan yang keliru dengan perasaan, mudah dipengaruhi dan tidak tahu apa nak dibuat.
Kita perlu membantu supaya kanak-kanak ini kelak lebih berterus terang dan berani," jelasnya.
Bagi menaikkan semula motivasi mangsa, keluarga perlu menyampaikan perasaan simpati menerusi sokongan.
Laporan polis juga perlu dibuat dan masyarakat perlu tahu perkara ini bukan sesuatu yang memalukan.
"Ibu bapa perlu ingat tindakan tersebut dapat menyelamatkan orang lain. Kes penderaan seksual yang terjadi dapat dijadikan pengajaran dalam masyarakat," katanya.

PENYEKSAAN KANAK - KANAK SOMALIA



Sudahlah jatuh ditimpa tangga, begitu malang nasib kanak - kanak somalia. Kekurangan keperluan hidup merupakan masalah utama, ditambah lagi dengan penderaan. Bersyukurlah kita.

sumber rujukan: http://www.youtube.com/watch?v=7jkzEA0gujI&feature=fvwrel

HENTIKAN PENDERAAN KANAK - KANAK



Semoga tayangan ini mmeberikan sedikit keinsafan dalam kehidupan kita sebagai makhluk ALLAH.

sumber rujukan :http://www.youtube.com/watch?v=r6KUhmVExXg

IBU DERA ANAK



Tegar seorang ibu mendera anaknya. Besar sangatkah kesalahan seorang anak yang merupakan rezeki dan amanah daripada ALLAH S.W.T. Saksikan dan berikan pendapat anda.

sumber rujukan : http://www.youtube.com/watch?v=TjxNwS1Hr2o&feature=related

1.2 GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID


1.2 Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid

Guru di dalam kelas memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sama. Oleh itu, guru haruslah mengambil tahu masalah emosi yang dihadapi oleh murid. Murid yang sering mengalami masalah emosi didalam kelas, akan menunjukkan tingkah lakuyang pasif seperti menyendiri. Berikutan dengan situasi ini, maka jelaslah bahawa murid tersebut mempunyai konsep kendiri yang rendah serta menghadapi masalah dalam pergaulan.

murid - murid di dalam kelas


Murid yang mengalami masalah emosi, mampu memberikan kesan negatif kepada pencapaian akademiknya. Hal ini mampu menjejaskan hubungan murid dengan orang lain dan keupayaannya belajar sebagai seorang murid.

Tanggungjawab guru adalah mengenal pasti gangguan emosi muridnya dan mengambil langkah – langkah tertentu untuk mengatasinya.




Kanak – kanak yang mengahadapi gangguan emosi biasanya


  • Tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak – kanak lain. Tingkah laku mereka adalah lebih bersifat keanak –anakan dan tidak mengikut tahap umur mereka.


  • Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk. Hal ini bermakna murid yang mengalami masalah emosi sering menunjukkan tingkah laku kurang sesuai dengan situasi normal. 

salah satu tingkah laku murid masalah emosi


1. GANGGUAN EMOSI


Gangguan emosi adalah satu situasi dan juga keadaan ketika seseoarang itu mengalami masalah emosi sehingga mengganggu dirinya sendiri. Gangguan ini berlaku sama ada emosi yang dialami adalah terlalu kuat misalnya terlalu sedih. Selain itu, mengalami masalah tidak ada emosi di dalam dirinya sendiri seperti tidak bahagia dan emosi yang mengalami masalah konflik misalnya terlalu marah. 


emosi yang berbeza - beza pada setiap individu


Individu yang terasa emosinya terganggu disebabkan
*    Seseorang itu mengalami emosi tertentu seperti depresi, kecemasan dan kemarahan. Semua ini sentiasa dialami atau menjadi terlalu kuat.

*    Seseorang itu jarang mengalami gangguan emosi. Sekiranya berlaku, hanyalah pada peringkat lemah. Mereka berasa tidak mampu menunjukkan kasih saying, kepercayaan, sentiasa marah atau penolakan.

*    Seseorang itu berasa sukar untuk berhubung dengan orang lain mungkin disebabkan teman – teman membuatnya berasa bersalah, kecewa atau rakan – rakan menimbulkan perasaan takut dan sebagainya.

*    Seseorang berasa mengalami konflik kerana mempunyai dua atau lebih emosi. Misalnya antara marah dan takut, antara benci dengan sayang.

Mengikut Achamando Mendatu (2007), gangguan emosi merupakan perasaan takut dan cemas. Ada tujuh jenis perasaan takut.

jenis - jenis ketakutan

Orang yang fobia akan mengalami satu keadaan di mana dirinya akan memasuki situasi yang menakutkan dan kemudian akan digambarkan dengan kecemasan. Misalnya seseorang yang mengalami fobia sosial akan mengalami ketakutan luar biasa pada penilaian orang lain. 
                                                                                                                                   




PENGENALAN GANGGUAN EMOSI

Emosi merupakan salah satu tunjang yang penting dalam kehidupan setiap insan di muka bumi ini. Jika emosi diganggu, akan timbul beberapa masalah yang mampu memberikan kesan - kesan yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Jika berlarutan, gangguan emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguan mental. 



Template by:

Free Blog Templates