1.4 Langkah – Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi di Kalangan Murid.
Program – program pendidikan sebagai sokongan dalam pembentukkan tingkah
laku. Program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan
emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial,
meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep
kendiri.
Murid yang mengalami masalah psikologi perlu mendapat khidmat sokongan
daripada kaunseling.
Murid perlu diberi bimbingan kerjaya supaya dapat meningkatkan konsep
kendiri yang lebih positif
Kerjasama daripada ibu bapa sangat penting bagi meningkatkan akademik murid
dari masa ke semasa.
Guru menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan murid.
Peneguhan positif diberikan kepada tingkah laku yang baik, manakala dendaan
diberikan kepada tingkah laku negatif.
Murid mendapat pendedahan yang maksimum mengenai cara meningkatkan
kecerdasan emosi dengan lebih berkesan.
Guru mahir dalam mengawal kelas melalui pendekatan peraturan. Murid perlu jelas dengan peraturan - peraturan yang telah disediakan oleh guru.
Murid perlu diberi peluang mengenai kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya diberi peluang untuk memperbaiki kesalahan tersebut
Berikut dinyatakan persamaan dan perbezaan antara emosi guru dan murid
0 comments:
Post a Comment